Friday, February 4, 2011

GUGUSAN ADELA MTB RIDE 2011

GUGUSAN ADELA MTB RIDE
30.01.2011

Salam sejahtera...

Jamboree pertama kelab rnv bagi 2011. semua ahli sangat excited untuk menyertai jambore ini memandangkan dah lama x g berjambore lah katakan. Ahli2 bertolak pada hari sabtu 29hb. dan menginap di Batu Layar Beach Resort. Nak duduk kat homestay semua dah penuh. Walaupun jalan hujan turun tanpa henti namun semangat ahli rnv sedikitpun tidak luntur.

Ahad pagi 30hb hujan masih x mau berenti. Tp da daftar x kan nak balik pulak jd ny kayuh aje la. 8.30 pagi acara dimulakan oleh YDP Kota Tinggi. Masa ni gerimis aje. Boleh kayuh ni. Jln menuju CP1 bole tahan gak panjat bukit, turun bukit, masuk parit, lompat parit, ok le tu. Padan muka sapa suruh g. Kat bukit tertinggi menolak basikal ke puncak bendera Malaysia. Seberang aje jalan raya menuju CP1 menyorong lg dengan tayar yg gembel hehe. Baru terasa adventurenya.











































CP2 ada warung tp apakan daya sen pulak x bawak. Kat CP2 ada lori jadi rakan2 yang mengalami masalah teknikal pd beskal diaorg terpaksalah menamatkan misi di sini.





Bagi rakan yang meneruskan perjalan ke CP3 cabaran yang seterusnya ialah mengharung banjir. Lain kali kena bawak life jaket nih. Perjalanan ke CP4 pulak di dalam hujan yg sangat lebat. Namun ahli rnv tidak mudah berputus asa meneruskan perjalanan walaupun menghadapi masalah brek sejak CP1 lagi. Dasat tul trek adela ni kebanyakan peserta mengadu brek mereka tidak berfungsi.









Secara keseluruhan kami telah dapat menempuh jambore ini dengan berbagai dugaan. Namun yg paling penting kesemuanya selamat dan tidak mengalami kemalangan yang tidak diingini. setakat krem2 tu biasa la ek. Nasihat tulus ikhlas dari kami warga rnv lain kali kalu ujan lebat sgt cukup2 la ngayuh lori ada sedia menanti. Setakat demam bole mkn panadol kalu dah kenter dihanyut arus deras mkn kenduri 7 mlm nanti.

Jumpa kita di jambore yg akan dtg. Kat mana ek. Tungguuuu...