Saturday, January 15, 2011

XPDC BERBASIKAL JELAJAH SERI MEDAN

Salam sejahtera.

Satu lagi aktiviti kayuhan telah disertai oleh kelab RECNVIRO pada 26.12.2010.
Antara ahli yang telah mengambil bahagian ialah Azlan Polygon, Baha Merida, Ijan Giant dan Yus Giant.
Program kayuhan ini lebih kepada kayuhan santai mengelilingi kawasan kampung yang ada di Seri Medan bersempena dengan program minggu kecergasan.
Dengan yuran penyertaan sebanyak RM5 peserta mendapat gudis berupa skaf merah dan makan nasi bungkus setiap sorang hehe. Kayuhan bermula sekitar jam 8.30. Untuk XPDC ini peserta yang pertama telah tiba dalam sejam setengah tp bagi kitaaorg yang ngayuh x laju ni sampai dlm 2 jam untuk jarak 42km. Ok le tu kot.
Sekitar peristiwa yang dapat dirakamkan pada hari kejadian.



Bersama rakan dari team Tamago 5 JB


Menunjukkan goodies berupa skarf merah.... Jadi la.


Beraksi sebelum memulakan kayuhan.


Antara peserta-peserta yang lain.


Pak Ya dan Moysa dari team Tamago melambaikan tangan menandakan bye2 kwn2 jap lagi aku nak kacung hehe..








CP2 bersama rakan dari NBC dan V-Explorer. Berhenti makan pisang, tembikai dan minum air setelah tidak berhenti di CP1.


Menceritakan pengalaman semasa XPDC...


1024 ni nanti dipanggil dpt lucky draw tau..


Lepas melantak nasi bungkus.. Harap2 naik la nombor ni...

Jadi la dapat cabutan bertuah hamper jajan.. Next time harap2 dpt lucky draw yang lagi beso hendaknya...